Monday, 5 December 2011

Kenapa Dia?


          Memori yg sukar dilupakan dari diari hidupku tentang dia.. Mengapa dia sering hadir tanpa diundang? Istimewakah dia? Namun aku sedar, sememangnya dia menjadi perhatian kaum hawa atas keistimewaannya yg tersendiri.. Cemburukah aku? Hati….. andai bisa ku bersihkan namanya didalam lubukmu, akulah insan yg bertuah.. -Cinta adalah suatu perasaan yg dikurniakan oleh Allah kepada setiap insan.. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yg merupakan fitrah.. Dan janganlah diubah fitrah itu kepada fitnah.. -
          Dia seorang insan yg pernah menjadi teman sepelajaranku.. Insan yg sering memberi kerjasama dalam perjuangan mengejar ilmuNya.. Tapi, itu semua dulu.. Saat aku ‘happy go lucky’!Tapi kini, segalanya berubah! Allah lebih mengetahui..
          Aku dan kawan2 pernah borak tentang husband impian kami.. Tambah pula, aku minat cerita korea.. Susah nak missed! Aku dengan bersemangatnya ckp kt kawan2 aku, aku nak lelaki ala2 korea.. Mcm lee min hoo gitu.. Kwn2 aku terus lain macam.. Mne taknya, dia ala2 korea.. Kenapalah semua benda yg aku suka, semua berkenaan dengan dia.. Warna kegemaran n macam2 lah!huuuu.. Kenapa mesti dia??
         Aku tak tahu, adakah aku punca segala persengketaan ini berlaku? Hatiku keras mengatakan, ‘YA’….. Aku hanya insan biasa.. Yang ada pasang surutnya, ribut taufannya.. Dengan dia sekarang, angin aku tak pernah surut.. Nampak dia je, angin aku automatic jadi ribut bin taufan.. Sabar je lah eh..
         Aku ak sedar bila, kenapa episode ni berlaku.. Episod ala2 broken heart dan yg pasti episode ni hati yg jadi mangsa keadaan.. Maybe dia pelik kat aku.. Tapi apa aku kisah.. Biarlah hati dia yg sakit, janji bukan hati aku.. Kejamkah aku? Ramai sahabatku yg lain boleh menggembirakan dia.. Biarlah aku yg menyakitkan hati dia.. Takkan nak happy semedang.. ‘Sewel’ baru tahu..
          Persahabatan dulu yg terjalin berubah sekelip mata.. Like magic!
“Tiada manusia yg istimewa di muka bumi ini, melainkan hanya yg terpilih.. Pasti ada kebaikan pasal ‘dia’ meskipun aku tak tahu apa”.. Mesej ni pernah aku hantar pada Nurul.. Walhal dah lama ia berlaku.. Namun ingatan aku tak pernah pudar tenteng ini.. (Tapi,bab2 pelajaran susah pulak aku nak ingat.. Tu la,layan sangat nafsu tu..hampeh!)
          Aku banyak kekurangan.. Salah satunya mata aku ya ad problem sikit..hehe.. Tapi, aku bersyukur sangat.. Aku boleh elakkan dari terbabit dengan zina mata.. Kalau dia ada pun aku tak perasan sangat.. Maklumlah,aku ni rabun..hehehe..
          Aku selalu buat derk je kalau dia panggil.. Aku selalu jugak main lari-lari kalau perasan kehadiran dia.. Selalu jugak aku palingkan muka dari bertentang mata..huhu..bahaya! Tapi, itu realitinya.. Dan aku tahu dia perasan dengan apa yang aku buat selama ni.. Terlukakah  dia?entahlaaa~
          Aku sedar yang aku ni kejam terhadap dia.. Tapi, aku tak mampu mengubah apa yang telah terjadi atas takdir yang sudah ditentukan oleh yang Maha Pencipta.. Tidak pernah aku lupa, seorang insane (dia) pernah menegur kesilapan pemakaian aku.. Ia mengingatkan aku pada memori dulu.. (Reverse memori)
          Aku,dia dan kawan-kawan lain sepakat mentelaah buku sedaya mungkin.. Kami bertukar  pendapat dan yang bestnya, ada yang jadi mengajar dan ada yang jadi murid.. Padahal kami je dan tak ada cikgu pun.. Masa nak balik tu, dia tegur pakaian aku yang agak sendat.. (Tak sendat pun sebenarnya.. Just tak melepasi paras punggung..huhu..) Tapi, bukan aku yang nak pakai baju tu!! Baju sukan yang aku ada cuma itu! Aku bukanlah orang kaya, yang mampu miliki apa yang diinginkan seperti dia..
          Aku teringat yang Sya pernah kata, “ Jangan salahkan pemakai tetapi sebaliknya salahkan pakaiannya.. Sometimes, orang terpaksa buat sesuatu yang dia sendiri tak suka.. Kita tak boleh nak salahkan orang sesuka hati sedangkan kita tak tahu apa masalah dia ”.. Salahkah aku?? Akhirnya aku sedar, ‘dia’ hanya ingin menasihati aku dalam menjaga auratku dan sekali gus menjaga pandangan matanya..
          Dari situ, aku mula memasang tekad.. Auratku, hanya mahram aku yang layak.. Tidak dia, tidak juga lelaki lain.. Aku mula menjinakkan diri dengan bertudung labuh.. Mengubah cara aku sendiri atas bimbingan teman-teman.. Akhirnya,tekadku bukan sekadar angan-angan..Alhamdulillah..
          Semakin lama mengenali dia, semakin banyak yang aku aku tahu tentangnya.. Meskipun dia pernah menolongku dari terus menimba dosa, tapi aku masih tidak faham.. Kenapa perempuan yang disamping dia tidak ditegur sebagaimana aku?? Perempuan yang lebih terbuka sosialnya, yang inginkan perhatiannya.. Apakah dia takut dengan penerimaan mereka? Tapi, kenapa dia Cuma melayan kerenah mereka? Terlalu banyak persoalan di fikiranku.. Akhirnya, aku tak endahkan lagi semua tu.. Sudah masak benar lagaknya.. Kami terus berkawan macam sebelumnya..
          Episod itu sudah berbulan-bulan berlaku.. Tapi aku masih tak mahu lupakannya.. Apa pun, aku berterima kasih atas keperihatinan dia menegurku.. Kala ini, meskipun aku ada rasa terima kasih, tapi kenapa aku still tak mahu berdamai? Dah merdeka pun.. Hati,jawablah!! Kenapa diam?
          Hari berganti hari, semakin kuat rasa benci kepadanya.. Dendamkah? Aku tak mampu menghalang .. Justeru itu aku selalu melarikan diri.. Aku tak kisah kalau dia meluat, pelik atau cakap aku sewel sekalipun.. Biarlah aku berperang dengan perasaan aku sendiri.. Hingga ke satu tahap, aku tak mampu pendam.. Aku lepaskan semuanya! Aku tak kisah.. Biarlah orang nak gelar aku ‘banjir’ sekalipun.. Aku puas!!
          Kenapa lepas menangis kita puas? ‘Coz chemicals that we do not need it will disappear from our body through the form of tears.. As our tears flows, so the sadness or distress by withdrawing these chemical agents.. That why we feel better or more refreshed after crying.. It’s because the tears get rid of these hormones that are produced when we are sad, happy or distresses.. So, crying is not such a bad things after all’.. Ayat ciplak ni.. Pandai-pandai la translate..
          Tapi, yang lagi tak boleh blanya, aku ni bendahari kelas! Kutip hutang je kerja aku.. Mesti la banyak menghadap muka dia.. Tapi aku tak hingin lah! Aku suruh Sya pergi kutipkan dekat dia.. Aku buat-buatlah ikat tali kasut ke, borak-borak dengan budak lain ke.. Kejam? Ye ke? Dia pernah tanya dekat aku, yang dia ada hutang lagi tak.. Aku jawab endah tak endah je.. Tapi tu dah kira baik tahu.. Kalau tak, aku buat tak tak tahu je.. Macam dia cakap dengan batu.. Kasihan~
         Sedegi-degil aku, tapi aku pun ada perasaan.. Ayat ni buat aku takut.. Scary you know.. “Bencilah pada seseorang itu seadanya kerana mungkin suatu hari kelak ia menjadi sebaliknya.. Dan cintailah seseorang itu seadanya kerana mungkin suatu hari kelak ia menjadi sebaliknya..
          Yang pasti, setiap kejadian ini pasti ada hikmahnya.. Aku dengan Sya selalu lepak dekat taman.. Our special port! Release tension, sampai satu tahap kitorang naik buaian sambil menyanyi.. Bukannya lagu bawang merah bawang putih tu.. Tapi lagu kegemaran kitorang, geisha-cinta dan benci.. Episod Sya hamper sama dengan aku.. Tapi aku lagi dahsyat, sakitkan hati orang..
          Aduh! Ni yang nak banjir ni.. Aku teringat satu hadis ni, “ Dosa kita pada Allah, boleh diampunkan dengan cara memohon ampun dan meninggalkan laranganNya.. Tapi, dosa kita sesame manusia tidak akan terampun selagi kesilapan kita tak dimaafkan “.. Aku harap, dia maafkan aku.. :’(
          Sya pernah tanya aku, ‘apa yang aku rasa bila dia borak-borak, gelak-gelak dengan Sya tapi tiba-tiba aku muncul, dia terus diam dan masamkan muka dia?’.. Gembirakah aku? Padahal selama ni, aku yang selalu buat macam tu dekat dia.. Mesti dia kecil hati dengan aku, macam yang aku rasa bila Sya tanya.. Apa aku dah buat??
          Tapi, aku tak pernah berubah.. Layanan aku masih dingin dekat dia.. Ego aku tinggi! Yang paling aku terkejut sangat, bila dia tanya dekat Nurul, apa kesalahan dia pada aku.. Dia jatuhkan ego dia.. Tapi, aku tak tahu niat dia nak mintak maaf! Aku tak tahu langsung.. Nampak dia je, aku terus blah cari jalan lain.. Jalan yang lebih jauh untuk keluar sekolah.. Padahal dia tengah tunggu aku untuk mintak maaf sampai sanggup patah balik pergi dekat aku.. Ahhhh!! Bila ingat balik, kejamnya aku!! Dia tak salah apa pun.. Aku yang wujudkan persengketaan ni..
          Aku dapat tahu niat dia nak mintak maaf bila Nurul mesej aku petangnya.. Apa perasaan aku?? Hati aku sedih sangat-sangat.. Layak ke aku dimaafkan? Aku nak sangat mintak maaf.. Tapi macam mana?
          Kalau berdepan pun aku tak mampu, apatah lagi bertentangan mintak maaf.. Tidak! Aku takkan sesekali buat macam tu.. Meskipun perasaan bersalah bergunung.. Aku mintak number dia, tapi sebelum tu aku berjanji dengan diri aku.. Sebaik memohon maaf, number tu terus aku delete! Terpaksa aku bohong sunat demi menjaga episod ini dari pengetahuan kawan yang lain.. Alhamdulillah, aku lega selepas mohon maaf.. Ayat dia? Lawak sangat-sangat! (Bagi aku laaa~)
          Aku sempat cakap dekat dia, ‘jangan pernah rasa bersalah kalau aku mash macam tu.. Aku tak janji boleh ubah perangai pelik aku dan itu bukan salah kau.. Minta maaf’.. Ya, dia faham.. Aku ambil keputusan untuk minta maaf sebab ada beberapa hari je nak ambil exam PMR.. Karang dia doakan aku pelik-pelik pula.. Nauzubillahi min zalik!
          Mesej tu adalah yang pertama kali dan terakhir kali! Aku takkan mintak maaf lagi.. Aku dah tak nak ada apa-apa memori dengan dia.. Itulah yang terbaik! Aku tak tahu kenapa, lepas mesej perasaan aku pelik sangat.. Aku happy bila dia minta maaf.. Tapi aku sedih sangat.. Kata-kata  yang menjadi ingatan aku kini benar-benar terjadi! Perasaan benci yang teramat sangat pada dia dulu sekelip mata berubah! Tidak! Semakin gila lah aku..
         Tapi alhamdulillah, tak ada siapa yang perasan benda ni.. Hanya sahabat karib aku je yang tahu.. Dan, Allah.. Memang tak boleh secret dengan diorang.. Masalah kitorang berempat pun nak dekat sama.. Kebetulan? Itulah yang dinamakan takdir..
          Meskipun perasaan benci changed jadi….. Tapi, aku tak ubah perangai juga.. Tak kan tiba-tiba aku nak senyum dekat dia.. Nanti dia mesti pelik.. Tak pernah-pernah aku senyum dengan dia.. Macam tu juga lah dia semenjak kitorang jadi musuh.. Biarlah aku lari melawan perasaan.. Tu lah, dulu benci sangat.. Hummm..
          Entah lah.. Kawan-kawan aku kata, dia macam kecewa sangat aku buat macam tu.. Aku tak nak langsung pandang dia.. Cara dia senyum dekat Nurul pelik sangat bila dia nampak aku lari jauh dari dia..
         Bukan aku yang nak macam tu, tapi aku kena lawan perasaan ni! Aku tak nak ianya memakan diri aku.. Dan aku tak nak kalah pada perasaan ni.. Bagi aku, ia sementara….. Permusuhan yang aku makin merapatkan kitorang? Itu kata Sya, bukan aku..
          Isnin berganti selasa, selasa berganti rabu dan begitulah seterusnya….. Sekarang ni aku tak payah nak lari-lari marathon macam sebelum ni.. Aku dah pass dekat dia tanpa sedar.. Dia berubah! Aku sedar semua tu.. Yang pasti kami makin jauh.. Kalau dia nampak aku, mesti dia palingkan muka.. Sama macam yang aku pernah buat dekat dia..
          Maybe dia nak benci aku atau Cuma nak balas dendam.. Puaskah aku? Aduhai hati.. Mengapa mudah kau beralih arah? Mungkin dia tak mahu kehadirannya mengganggu ketenangan aku.. Iya, sesungguhnya kehadiran dia amat mengganggu ketenangan aku!
          Aku makin merasakan tindakan menjauhi dia adalah jalan yang terbaik bila Sya mesej, “ Jika rasa cinta pada ‘dia’ melebihi rasa cinta padaNya, jalan terbaik adalah menjauhinya.. Itulah sebaik-baik jalan ”.. Yang pasti, episod kami tiada kesudahan, tiada pemenang dan persaingan..
          Orang lain nampak aku sentiasa happy go lucky.. Padahal hati aku, sakit sangat… Aku sekarang jadi emo.. Baru kena marah, kena peril terus nak banjir.. Perasaan aku kosong sekarang.. Tak tahu sama ada masih benci atau suka dia..
         Aku tak tahu, kenapa dia selalu gelakkan aku dekat dalam kelas.. Padahal time tu aku dah letak nama dia as my enemy.. Perkara pelik-pelik yang aku buat, mesti dia adalah orang first yang nampak.. Dan aku mesti orang first juga nampak dia dekat mana-mana pun.. Rabun, tapi nampak dia? Sebab, aku boleh kenal suara dia dan apa-apa yang berkenaan dengan dia.. Apa lagi, time tu juga aku cabut lari.. Cubaan..
          Masa tension mestilah nangis kan, walau aku cuba sorok biar semua tak perasan.. Tapi, mesti dia akan nampak.. Aku tak suka dia tengok aku tengah macam tu.. Dia gelakkan aku selalu, boleh lagi aku bersabar.. Tu pun lepas aku bengang sebengang-bengangnya.. Mata tajam, telinga lintah! Apa-apa yang aku cerita, mesti dia dengar.. Padahal kitorang duduk jauh.. Aku cakap pun perlahan-lahan.. Adak e patut dia gelakkan aku sampai terkeluar air mata masa aku buat benda pelik hari tu.. Sabar je lah duhai hati.. Tapi, taka pa lagi kalau dia gelak ramai-ramai.. Ini masalahnya dia gelakkan aku sorang-sorang.. Ish.. geramnya!!
          Kalau boleh, aku tak nak jumpa dia lagi.. Tapi tak pasal-pasal hati aku darah beku lagi.. Biarlah kami sama-sama berlari ke arah yang bertentangan agar tak ada hati yang terluka!
          Selama ni, aku tertanya-tanya.. Kenapa dia? Kenapa dia yang aku benci? Kenapa dia yang buat aku marah dan sakit hati? Duhai diri, persoalan tu tak akan ada jawapannya.. Kerana, Allah lebih mengetahui segalanya berbanding kita.. Bila diuji, jangan letakkan nafsu di tingkat yang teratas.. Bila nafsu di tingkat yang teratas, hati mati.. Iman lenyap di telan nafsu.. Nauzubillahimin zalik!
          Aku tahu, kenapa dia yang Allah kirimkan sebagai tembok pemisah.. Tembok pemisah di antara yang baik dan buruk.. Kami umpama dua insan yang saling berkomunikasi melalai permusuhan.. Mustahil? Hakikatnya, itulah realitinya….